LOGO SEKOLAH

Posted: August 9, 2011 in School

Lencana sekolah-sekolah “Infant Jesus Convent” adalah bertaraf antarabngsa yang telah digunakan oleh pelajar di Negara-negara yang terdapat di lima buah benua dalam dunia ini.

Di bahagian tengah lencana terdapat sebuah perisai berwarna merah yang direntangi dengan sehelai selempang perak yang berumbaikan emas di tepinya. Warna merah adalah melambangkan kasih sayang tuhan terhadap makhluk dan alam ini.

Di bahagian atas perisai kanan terdapat sebuah kitab suci dengan titik-titik manik perak di dalamnya. Kitab suci ini mewakili penganut-penganut agama yang terdapat di Negara kita iaitu:

Al-Quran bagi orang Islam,

Injil bagi orang Kristian,

Dharmapada bagi orang Buddha,

Bhagaxabgita bagi orang Hindu.

Ini adalah sesuai dengan prinsip Rukun Negara kita yang menjadikan “Kepercayaan Kepada Tuhan” sebagai prinsip pertamanya. Manik-manik perak pula mengingatkan kita tentang “sembahyang” iaitu kewajipan utama kita kepada Tuhan.

Di sebelah bawah kirinya terdapat sebatang tiang rahal dan gelendong benang yang melambangkan “Kekuatan Untuk Bekerja”. Dalam urusan pekerjaan ini kita berasa bangga kerana telah dihubungkan dengan ribuan kanak-kanak yang berasal dari pelbagai kebudayaan dan peringkat umur untuk menjalankan tugas mulia secara kreatif dan intelek bagi mewujudkan keharmonian antarabngsa di dunia ini.

Di atas perisai tengah ada sebutir bintang perak yang melambangkan cahaya dan penyuluh untuk mencapai cita-cita murni dalam hidup ini yang berpandukan lima prinsip Rukun Negara kita.

Sekalung bunga “Marquerites” melingkari kiri dan kanan perisai yang bercogan kata “Tulus Dengan Fadhilah” dan “Azam Dengan Bakti”. Cogan kata ini ringkas tetapi dalam maknanya.

“Tulus Dengan Fadhilah” bermaksud bahwa setiap amal kebajikan yang dilakukan mestilah dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Begitu juga dengan kewajipan kita terhadap tuhan hendaklah ditunaikan dengan penuh keyakinan dan khusyuk. Secara tidak lansung ini dapat menyedarkan kita akan sikap negatif dan berusaha untuk mengatasinya.

“Azam dengan Bakti” bermaksud untuk menyedarkan kita supaya sentiasa berbakti kepada orang lain dan tugas yang dijalankan itu hendaklah dengan keazaman dan kerelaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s