PROFIL SEKOLAH

Posted: August 9, 2011 in School

Sekolah Kebangsaan Marian Convent merupakan sekolah bantuan modal yang telah ditubuhkan pada tahun 1957. Sekolah ini baru sahaja menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50 (Jubli Emas) setahun yang lalu. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum dan kesemuanya adalah murid perempuan. Tenaga pengajar dan staf sokongannya juga terdiri daripada kaum wanita. Melalui semangat kerjasama berpasukan yang tinggi dan komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan antara semua warga sekolah merupakan pemangkin dan seterusnya menjana sekolah ini menjadi sekolah yang tersohor bukan sahaja di daerah Kinta malahan di negeri Perak.

‘Kalau tak kenal, maka tak cinta’ .Pepatah itu seakan-akan sinonim dengan SK Marian Convent kerana ramai ibubapa memohon untuk menempatkan anak mereka di sekolah ini. Kecemerlangannnya dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah memberi impak yang positif terhadap reputasinya, hatta sekolah ini telah dinobatkan sebagai sekolah yang mempunyai pencapaian UPSR yang cemerlang dengan pencapaian melebihi 95% selama sepuluh tahun berturut-turut.

Menjadi hasrat SK Marian Convent melahirkan generasi berkeperibadian seimbang dari segi jasmani, emosi ,rohani dan intelek . Sehubungan itu kegiatan ko-kurikulum sekolah ini juga tidak kurang hebatnya. Jesteru itu sekolah ini telah menerima anugerah Insentif Sukan Negeri kerana telah melahirkan atlit yang paling ramai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa terutama sekali bagi sukan boling dan gimrama. Persatuan Pengakap sekolah juga telah berjaya dipilih menyertai Jambori Pengakap Peringkat Kebangsaan.

Dalam usaha menggapai hasrat membangunkan modal insan yang berkeupayaan , berilmu pengetahuan, berkemahiran, berketrampilan dan berdisiplin tinggi serta mempunyai keperibadian yang unggul SK Marian Convent telah berjaya memantapkan disiplin apabila terbukti indeks disiplin sekolah ini berada di tahap yang paling rendah selaras dengan motto sekolah “Marian Indah, Murid Terserlah”. Penglibatan keseluruhan warga sekolah, ibu bapa, agensi luar dan komuniti setempat telah berjaya mewujudkan budaya semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan semua pihak. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus juga merupakan faktor utama yang melonjakkan kecemerlangan sekolah ini di tahap yang membanggakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s